ASAL EMAS DAN SUNNAH NABI MUHAMMAD S.W.T

 Emas dan perak merupakan elemen logam yang terdapat di SYURGA yang dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada para Ahli SYURGA sebagai perhiasan, perkakasan makan minum, mahligai untuk nikmat kemewahan di dalam SYURGA. Kenalilah, pelajarilah, milikilah EMAS dalam kehidupan kamu, kerana banyak RAHSIA yang ada disebalik anugerah ALLAH SWT ini.


Ramai antara kita tidak menyedari bahawa emas juga adalah makhluk Tuhan dan terdapat satu kisah kenapa Allah SWT menaikkan nilainya tinggi di mata manusia..
Kisahnya bermula pada ketika Nabi Adam dan isterinya Hawa diusir keluar dari Syurga, di mana pada masa itu semua makhluk di syurga berasa sangat sedih kecuali Emas.

Allah bertanyakan kepada emas, mengapakah ia tidak bersedih….Emas lalu menjawab “Kenapa harus aku bersedih, sedangkan Adam dan Hawa sudah melanggar perintah Allah dengan memakan buah larangan.” Jawab Emas.

Mulai saat kejadian itulah, Allah menjadikan emas suatu barangan yang dipandang tinggi oleh manusia. Buktinya pada hari ini memang manusia sangat memandang tinggi pada emas dan menjadikannya sebagai barang kekayaan dan kemasyhuran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan